Ketahuilah, apapun yang menjadikanmu tergetar, itulah Yang Terbaik untukmu ! Dan karena itulah, Qalbu seorang pecinta-Nya lebih besar daripada Singgasana-Nya. - Jalaludin Rumi
Friday, February 27, 2009
di sini kembalinya kita
Tanah yang basah berwarna merah,
Semerah mawar dan juga rindu,
7 langkah pun baru berlalu,
Seusai talkin bermadah syahdu,
Tenang dan damai dipusaraku,
Nisan batu menjadi tugu,
Namun tak siapa tahu resah penantianku..
Dari tanah kita datang, kepada tanah juga kita pulang
Keinsafan diakhir usia tiada gunanya...
Musahabah seketika.....
Labels: arkib IR dan HDR
tembakan lense skatype at 6:07 PM 2 lense menaip
Thursday, February 26, 2009
air itu tenang
Alangkah bertuah andainya mindaku setenang air di muara ini. Dari berserabut dengan pelbagai persoalan dan tiraian masalah. Seakan membelenggu aku dan mengundang derita. Awan mendung seakan memahami kesuraman hati dan wajahku ketika waktu ini. Namun aku pasrah dan redha dengan ketentuanNYA, kerana setiap ujian ada tersirat hikmahnya biarpun aku mencari sebutir nilai keinsafan..
Labels: arkib IR dan HDR
tembakan lense skatype at 10:49 PM 3 lense menaip
thinks about what?
Ketahulah kamu teman,
Hidup bagaikan perjudian
Yang mesti dimenangi
Dimedan perjuangan
Bersabarlah kamu seketika
Menunggu titik perhentian
Sehingga kakiku bertapak di puncak kejayaan
Ibarat bintang mencorak angkasa
Berkedipan sinaran kebahagian
Kiranya impian tercapai
Berhatilah kamu
Dalam persimpangan ini
Hidup bagaikan perjudian
Yang mesti dimenangi
Dimedan perjuangan
Bersabarlah kamu seketika
Menunggu titik perhentian
Sehingga kakiku bertapak di puncak kejayaan
Ibarat bintang mencorak angkasa
Berkedipan sinaran kebahagian
Kiranya impian tercapai
Berhatilah kamu
Dalam persimpangan ini
Labels: arkib IR dan HDR
tembakan lense skatype at 10:21 PM 4 lense menaip
Subscribe to:
Posts (Atom)